La Usurpadora Todos Los Capitulos | Tele Videos

La Usurpadora Todos Los Capitulos






Sinopsis
La usurpadora menceritakan kisah antara dua adik beradik kembar. Paulina Martinez merupakan perempuan miskin yang baik hati yang tinggal di Cancún bersama ibunya yang sedang melarat sakit. Paola pula merupakan seorang isteri jejaka ahli perniagaan yang tampan dan dan ibu tiri kepada anak-anaknya. Paola mempunyai cita-cita tinggi dan meminati kemewahan serta keseronokan malah melindungi kezaliman dan kepura-puraannya di balk kecantikan yang dimilikinya.
Pertemuan kali pertama Paola dan Paulina membuatkan Paola terfikir untuk menyuruh Paulina mengambil alih tempatnya di rumah sementara dia berfoya-foya. Walau bagaimanapun, Paulina menolak yang membuatkan Paola terdesak untuk membuat perancangan untuk memerangkapnya. Pada suatu malam, Paola memasukkan barang kemasnya ke dalam beg Paulina dan menuduhnya mencuri. Gara-gara itu, Paulina diberhentikan kerja dan dibawa ke muka pengadilan tetapi Paola mengambil alih untuk meneruskan rancangannya dengan mengugut Paulina sama ada menurut perintahnya atau dimasukkan ke dalam penjara. Paulilna terpaksa akur kehendak Paola dan dia mempelajari segala-galanya tentang Paola sebelum pergi menyamar di rumah keluarga Bracho.
Paulina hanya pergi buat sementaratetapi dia mendapati Paola amat dibenci oleh ahli keluarganya sendiri. Kehadiran Paola membuatkan orang sekelilingnya syak dan mula berubah pendangan tentang "Paola yang baru". Kehadiran 'Paola baru' yang bertentangan dengan sikap Paola malah membantu nenek Piedad pulih dari ketagihan arak yang disebabkan 'Paola lama' membuatkan nenek Piedad yakin 'Paola yang baru' itu bukanlah Paola yang dikenali sebelum itu. Identiti Paulina hampir diketahui malah dia berjaya melarikan diri dari rumah keluarga Bracho sebaik sahaja nenek Piedad mengetahui yang dia bukanlah Paola yang dikenalinya.
Konflik cerita ini berterusan apabila Paola dan Paulina keluar masuk rumah Bracho dan Paola meneruskan penipuan dan helahnya terhadap keluarga Bracho hinggakan kes mereka dibawa ke muka pengadilan dan Paulina dipenjarakan. Paulina yang telah memiliki segala yang Paola kecapi dahulu seperti kasih sayang dan kepercayaan keluarga Bracho membuatkan Paola marah dan berdendam dengannya. Walau bagaimanapun, Paulina tidak ingin semua itu memandangkan dia telahpun mengetahui daripada ibunya yang Paola adalah kakak kembarnya yang hilang lalu membuatkannya serba salah untuk menerima layanana baik itu malah tidak langsung memarahi dan berdendam dengan Paola. Plot cerita dan konflik berlarutan dengan babak saspens dan merangkumi rempah kehidupan seperti kekeluargaan, cinta, harapan, permusuhan, dan banyak lagi. Seperti biasa, cerita ini membawa kepada penamatan yang bahagia setelah banyak kesukaran berlaku dan kecemburuan berleluasa.